BANGI 6 Jan. - Pelan Transformasi Pendidikan Vokasional yang merangkumi lima strategi utama, lima inisiatif serta 11 tindakan bagi meningkatkan nilai pasaran kerja pelajar dan melonjakkan pendidikan vokasional agar setaraf dengan negara maju dilancarkan hari ini.
Ia dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran dan serentak dengan itu, sebanyak 15 sekolah menengah vokasional di setiap negeri dinaik taraf menjadi Kolej Vokasional berkuatkuasa tahun ini.
Melalui pelan transformasi tersebut, pendidikan vokasional di negara ini tidak lagi dianggap sebagai kelas kedua, sebaliknya ia menuju ke arah konsep pendidikan untuk semua dengan berasaskan program bercorak pekerjaan sebagaimana dilaksana negara maju.
..................................... Posted by zulbmohd pada Sunday, January 08 @ 11:53:45 MYT Paparan artikel dibaca sebanyak 23 kali Seterusnya... | Komen Anda? | Score: 0)
Saya memang berhasrat untuk buat tips-tips photoshop untuk diabadikan kepada pelajar saya. Semalam ada pelajar tanya pasal nak buat "stripe" pada gambar. Tapi bila saya explorer melalui mr google, tips-tips ini sebenar telah ramai dikalangan penulis dan blogger telah buat.
Jadi saya terfikir kenapa saya tak linkkan sahaja apa yang telah dibuat oleh orang lain untuk di kongsikan di Aizek.Net. Ini lebih mudah. Jika ada kekurangan tambah aje pada nota yang tersedia ada. Bagi kreadit kepada penulis asal. Saya pun boleh buat banyak perkara lain.
Tips Photopshop selalu menggunakan gambar perempuan sebagai model. Itu saya tak tahu kenapa. Kalau letak gambar lelaki tak laku ke?? Sedangkan bilangan perempuan melebihi lelaki mestilah pada logiknya gambar lelaki lebih efisien? Jangan gelak pada gambar ini...
..................................... Posted by zulbmohd pada Saturday, January 07 @ 19:24:38 MYT Paparan artikel dibaca sebanyak 37 kali Seterusnya... | Komen Anda? | Score: 0)
JOHOR BAHRU 5 Jan. - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) muncul sebagai pusat pengajian tinggi dengan bilangan mahasiswa lepasan ijazah yang paling ramai di negara ini iaitu seramai 10,888 mahasiswa setakat November lalu.
Naib Canselornya, Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, jumlah itu bersamaan dengan 46 peratus daripada bilangan keseluruhan mahasiswa yang mengikuti pengajian pelbagai peringkat di UTM dan ia menghampiri sasaran universiti untuk mengimbangi bilangan penuntut sarjana muda yang berjumlah 12,955 orang setakat ini.
"Pada masa ini UTM mempunyai seramai 3,439 mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) membabitkan 1,823 mahasiswa tempatan dan 1,616 antarabangsa manakala 7,449 mahasiswa sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana yang terdiri daripada 2,106 warga tempatan dan 5,343 antarabangsa.
..................................... Posted by zulbmohd pada Friday, January 06 @ 08:27:35 MYT Paparan artikel dibaca sebanyak 31 kali Seterusnya... | Komen Anda? | Score: 0)
Saya menerima pelbagai reaksi atas penulisan berita gagalnya Nur Amalina pelajar 17 A1 menghadapi kejutan budaya. Penulisan itu juga bersifat sebagai pendidik yang membicara soal-soal akhlak bukannya menjaga tepi kain atas dasar Nur Amalina telah menjadi ikon pelajar semenjak 2005 selepas kerjayaannya dalam peperiksaan 2004.
Saya juga tidak berhasrat untuk memanjangkan lagi perbincangan itu kerana ibunya sendiri telah mengiyakan paparan gambar yang tersebar di internet dan memang tidak dinafikan dalam penyebaran maklumat diinternet ada penulis menulis tidak mengikut cara yang sepatutnya sehingga ada yang menambah kononnya Nur Amalina gagal di Universiti.
Malah ibunya sendiri yang membeli dan gambar itu diambil sendiri oleh ibunya. Jadi tidak timbullah gambar tersebar itu suatu teknik 'photoshop' Anda boleh baca di sini untuk jawapan Nur Amalina dalam kes ini.
..................................... Posted by zulbmohd pada Friday, January 06 @ 08:15:30 MYT Paparan artikel dibaca sebanyak 108 kali Seterusnya... | Komen Anda? | Score: 0)
SESI baru persekolahan 2012 yang bermula semalam di Kedah dan negeri Pantai Timur, manakala hari ini di negeri lain benar-benar mencatat sejarah, berikutan buat pertama kalinya pendidikan rendah dan menengah di sekolah kerajaan disediakan secara percuma. Perkembangan ini adalah berikutan pemansuhan bayaran RM24.50 mulai tahun ini bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012, 7 Oktober lalu.
Hasrat kerajaan memansuhkan bayaran berkenaan adalah bagi membolehkan setiap rakyat negara ini, tanpa mengira latar sosioekonomi, mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
..................................... Posted by zulbmohd pada Thursday, January 05 @ 08:55:09 MYT Paparan artikel dibaca sebanyak 32 kali Seterusnya... | Komen Anda? | Score: 0)
ORANG ramai kelihatan meredah banjir berikutan jalan utama di antara Pasir Puteh ke Kuala Besut dinaiki air semalam.
KOTA BHARU - Sebanyak sebelas buah sekolah dan ribuan pelajar di Kelantan tidak dapat memulakan sesi baharu persekolahan 2012 yang bermula hari ini ekoran banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri ini.
Pengarah Pelajaran negeri, Hussain Awang berkata, dua buah sekolah di Gua Musang iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bihai dan SK Balar tidak dapat beroperasi kerana terputus hubungan.
..................................... Posted by zulbmohd pada Thursday, January 05 @ 08:50:01 MYT Paparan artikel dibaca sebanyak 27 kali Seterusnya... | Komen Anda? | Score: 0)
Hari ini Khamis seperti biasa sekolah saya mengadakan solat hajat dan membaca Ya-Sin. Walaupun minggu pertama persekolah tradisi ini tidak diabaikan. Orang Melayu terutamanya, komited dengan amalan-amalan keagamaan yang telah menjadi tradisi, misal maulidur, nisfu syaaban dsbnya.
Kalau kita tak endah kita mungkin akan dipandang tidak cakna hal-hal keagamaan. Kehadiran saya seperti saya pernah saya tulis dalam blog saya (sila baca di sini) dianggap pelik. Ayat nak kiamat dan mungkin azam tahun baru menjadi satu sindiran.. tapi biasalah itu 'kemanisan' kita berada dalam kelompok Aizek 'Outsatanding Premier School'
Baca Ya-Sin tiap-tiap minggu tanpa sebarang makna jika kita tidak menghayati intipati yang ada dalam surah berkenaan. Saya telah postingkan satu artikel dalam Aizek berkenaan "Apa komen anda ada orang boleh baca akhbar Cina? "
..................................... Posted by zulbmohd pada Thursday, January 05 @ 08:43:21 MYT Paparan artikel dibaca sebanyak 42 kali Seterusnya... | Komen Anda? | Score: 0)
Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahwa iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.
Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.
..................................... Posted by zulbmohd pada Wednesday, January 04 @ 18:57:30 MYT Paparan artikel dibaca sebanyak 77 kali Seterusnya... | Komen Anda? | Score: 5)
Laman Aizek.net ini dah masuk lapan tahun. Banyak usaha saya lakukan untuk kongsikan bersama bagi memastikan laman sekolah ini benar-benar laman sekolah bukan menjadi laman peribadi owner yang mengurus dan membayarnya...
Tahun ini saya dipanggil cikgu "Zombie" kerana gaji saya telah dihdupkan semula. Banyak cerita zombie tapi saya ambil satu cerita zombie baik yang tak nak makan manusia (gumpat) dan minum darah... (cekik darah) anda boleh tonton "Dead Head".
Rasa faham maksud saya di atas, jadi tahun ini saya berazam untuk kemaskini Aizek.Net ini setaip hari. Mungkin konsepnya juga akan menjadi lebih terbuka, telus dan kritis. Walau bagaimana sebagai cikgu kita ada etika dan adab terutamanmya menghormati pandangan orang lain.
..................................... Posted by zulbmohd pada Wednesday, January 04 @ 18:41:58 MYT Paparan artikel dibaca sebanyak 24 kali Seterusnya... | Komen Anda? | Score: 0)
Hari ini, hari pertama sekolah, saya ada membuat sedikit nota ringkas ucapan tuan pengetua diperhimpunan. Bukan nak bodek pengetua tapi nak ambil beberapa yang baik untuk dijadikan panduan dikongsikan bersama.
Niat nak menulis tajuk khusus, tapi bila terbaca perkembangan terbaru tentang Nur Amalina Che Bakri daripada Facebooknya. Saya menukar fikiran untuk membuat sedikit komen santai untuk dikongsikan bersama dalam laman sekolah.
Nur Amalina Che Bakri adalah merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan seorang guru dan bapanya Che Bakri seorang jurutera DBKL. Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1.
..................................... Posted by zulbmohd pada Tuesday, January 03 @ 12:36:27 MYT Paparan artikel dibaca sebanyak 884 kali Seterusnya... | Komen Anda? | Score: 0)
Ayat al Quran pada hari ini ialah dari Surah ke-10. Ayat 57 . Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepadamu pengajaran dari Tuhanmu, dan penawar bagi penyakit yang ada di dalam dadamu, dan petunjuk, serta rahmat bagi orang yang beriman.
Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
GAMBAR AKTIVITI IZ DALAM KENANGAN Kalau tak masuk, menyesal! Banyak gambar terkini telah diupload... Mungkin gambar anda ada...
Album JoeLabu
1000 ++ Gambar Aksi Pelajar & Guru terkini [ MASUK DI SINI ]
Slip Peperiksaan Online
Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 (OTI 1 /2010) boleh dilihat sekarang..
Klik aje butang E-Periksa (* Jika anda taip KP tapi tak keluar keputusan (kosong) ini bermakna KP anda telah didaftar oleh guru anda tidak betul seperti KP asal anda..)
Album Baru V6
Album terkini menggunakan PHPNuke Aizek.net versi 6 >> MASUK <<
PENAFIAN: SMKTIZ tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.