SISTEM pembelajaran pintar yang kini digunakan di institusi pengajian tinggi (IPT) bakal diperluaskan ke sekolah tidak lama lagi.
Usaha itu bakal direalisasikan Institut Pembangunan Profesional, Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dengan kerjasama syarikat teknologi dari Taiwan, Wistron Corporation dalam usaha memperluaskan pendidikan maya di negara ini.
Pengarah Serantau Wistron Corporation, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, sistem yang menggunakan peralatan moden seperti komputer riba dan pelayan persendirian sebagai medium pembelajaran di dalam kelas itu membolehkan sesi pembelajaran diadakan secara interaktif
Posted by zulbmohd pada Tuesday, March 19 @ 09:53:34 MYT Paparan artikel dibaca sebanyak 59 kali Seterusnya... | Komen Anda? | Score: 0)
Selepas kejatuhan keputusan PMR 2012 berbanding 2011, SMK Tengku Intan Zaharah telah mengorak langkah awal dengan mengadakan Mesyuarat "Post Mortem" mencari formula terbaik untuk terus meningkatkan kecemerlangan SMKTIZ. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Pengetua Tn Hj Bakar Bin Jusoh, telah dihadiri oleh semua guru Tingkatan 3 PMR 2013.Dalam mesyuarat itu juga, Penyelaras Projek PMR2013 yang baru, Cg Ariza Bt Awang juga mengambil kesempatan untuk membentangkan Perancangan Program PMR 2013.
Posted by zamfigo pada Wednesday, January 23 @ 21:04:49 MYT Paparan artikel dibaca sebanyak 281 kali Seterusnya... | Komen Anda? | Score: 0)
Kementerian Pelajaran sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya bagaimanapun akan menetapkan garis panduan yang mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.
Menurutnya, keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar.
Posted by zulbmohd pada Wednesday, July 18 @ 10:36:55 MYT Paparan artikel dibaca sebanyak 344 kali Seterusnya... | Komen Anda? | Score: 0)
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran tidak akan berkompromi dengan mana-mana pelajar yang didapati bersalah memukul guru berikutan kesalahan itu paling berat berbanding masalah disiplin lain.
Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, kementerian sentiasa memandang serius kes begitu dan mahu pengurusan sekolah serta Jabatan Pelajaran Negeri membuat laporan menyeluruh sebelum tindakan tegas dapat diambil.
“Jika pelajar memukul guru memang kami kelaskan ia kes berat dan takkan berkompromi, namun dalam kes ini saya belum lagi menerima laporan lengkap. Tetapi mengikut amalan, jika ia sudah dilaporkan kepada polis, maka kami perlu menunggu sehingga siasatan selesai.
Posted by zulbmohd pada Wednesday, July 18 @ 10:26:51 MYT Paparan artikel dibaca sebanyak 300 kali Seterusnya... | Komen Anda? | Score: 0)
Kementerian dicadang perkenal mekanisme pantau tingkah laku pelajar
KUALA LUMPUR: Rekod disiplin dan sahsiah pelajar wajar dijadikan kriteria dalam mempertimbangkan permohonan biasiswa atau kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP) dan universiti.
Bagi tujuan itu, Kementerian Pelajaran dicadang memperkenalkan mekanisme untuk memantau dan merekod secara berterusan melalui penilaian di sekolah untuk mengenal pasti perkembangan sahsiah dan disiplin setiap pelajar bermula dari Tahun Satu.
Sudah sampai masanya aspek sahsiah dan disiplin tidak lagi hanya diajar sebagai mata pelajaran, tetapi diberi penekanan lebih berat melalui penilaian terhadap amalan sebenar supaya ia dapat dihayati dengan berkesan oleh pelajar di sekolah dan ibu bapa. - Muhamad Khailani Abdul Jalil, Yang Dipertua MPSM
Posted by zulbmohd pada Friday, July 06 @ 07:49:40 MYT Paparan artikel dibaca sebanyak 1815 kali Seterusnya... | Komen Anda? | Score: 0)
BATU PAHAT 6 Mei - Pelaksanaan pengajaran J-Qaf (Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardu Ain) di sekolah menengah di seluruh negara yang dijadual bermula pertengahan tahun ini, akan ditangguhkan kerana masalah kekurangan guru, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata penangguhan dibuat memandangkan terdapat kekurangan kira-kira 11,000 guru J-Qaf di sekolah kebangsaan yang sekaligus menghalang pengajarannya diteruskan ke peringkat sekolah menengah.
"Kita perlu menyelesaikan dahulu kekurangan guru J-Qaf di sekolah kebangsaan yang menjadi keperluan mendesak ketika ini.
Posted by zulbmohd pada Monday, May 07 @ 11:06:08 MYT Paparan artikel dibaca sebanyak 229 kali Seterusnya... | Komen Anda? | Score: 0)
MUAR: Kementerian Pelajaran bercadang memberikan kuasa autonomi kepada sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) bagi menentukan hala tuju pendidikan menjadi lebih mantap dan bermutu serta setanding dengan negara maju.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan itu tidak bermakna kementerian melepaskan tanggungjawab, sebaliknya sedar situasi setiap sekolah dan PPD berbeza selain menghadapi masalah serta keluasan tidak sama.
“Kita merasakan pendekatan itu sesuai bagi menangani masalah dihadapi secara tidak langsung membantu sekolah berkenaan mencapai tahap kecemerlangan yang dikehendaki.
Posted by zulbmohd pada Monday, May 07 @ 11:02:43 MYT Paparan artikel dibaca sebanyak 1221 kali Seterusnya... | Komen Anda? | Score: 0)
MUAR: “Pekeliling keselamatan diwartakan Kementerian Pelajaran sebelum ini akan diteliti semula bagi memastikan insiden sama tidak berulang,” kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika diminta mengulas kes kehilangan seorang murid, Nayati Shamelin Moodliar, 12, yang dilaporkan hilang dipercayai diculik di luar kawasan sekolahnya di Mont Kiara, Kuala Lumpur, minggu lalu.
Beliau berkata, keselamatan warga sekolah tidak tertumpu pada satu pihak, malah segenap lapisan masyarakat termasuk ibu bapa perlu memandang serius isu keselamatan anak-anak sama ada dalam mahupun di luar sekolah.
Posted by zulbmohd pada Monday, May 07 @ 09:39:28 MYT Paparan artikel dibaca sebanyak 1543 kali Seterusnya... | Komen Anda? | Score: 0)
Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961.
Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979."
Posted by zulbmohd pada Monday, February 13 @ 09:25:07 MYT Paparan artikel dibaca sebanyak 692 kali Seterusnya... | 1 Komen | Score: 0)
IPOH 11 Feb. - Masalah kemerosotan minat pelajar yang mengambil jurusan sains dan matematik di sekolah turut termasuk dalam kajian semula sistem pendidikan negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kajian yang dilakukan secara menyeluruh itu dijangka siap sama ada akhir tahun ini atau awal tahun depan.
"Kajian menyeluruh setiap bidang mata pelajaran akan diambil kira. (Akan kaji) di mana kelemahan dan bagaimana untuk diperkukuhkan (sains dan matematik)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam dan Majlis Dialog Timbalan Perdana Menteri Bersama Warga Pendidik Perak di sini hari ini.
Posted by zulbmohd pada Sunday, February 12 @ 09:48:07 MYT Paparan artikel dibaca sebanyak 1031 kali Seterusnya... | Komen Anda? | Score: 0)
Masa & Kalendar
Demi Masa Sesungguhnya manusia dalam kerugian melainkan mereka yang beriman dan beramal dengan amalan soleh...
Pengetua
Tuan Haji Bakar bin Jusoh Pengetua, SMK Tengku Intan Zaharah (Pengetua ke-16)
Sticky Artikel
Artikel/berita yang kami rasanya perlu dikekal untuk tatapan pembaca..
Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
GAMBAR AKTIVITI IZ DALAM KENANGAN Kalau tak masuk, menyesal! Banyak gambar terkini telah diupload... Mungkin gambar anda ada...
Album JoeLabu
1000 ++ Gambar Aksi Pelajar & Guru terkini [ MASUK DI SINI ]
Slip Peperiksaan Online
Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 (OTI 1 /2010) boleh dilihat sekarang..
Klik aje butang E-Periksa (* Jika anda taip KP tapi tak keluar keputusan (kosong) ini bermakna KP anda telah didaftar oleh guru anda tidak betul seperti KP asal anda..)
Album Baru V6
Album terkini menggunakan PHPNuke Aizek.net versi 6 >> MASUK <<
PENAFIAN: SMKTIZ tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.