Setiap hari satu hadis, hadis hari ini ialah..
Nama Sekolah Sekolah

SMK Tengku Intan zaharah

ASAL NAMA SEKOLAH



Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong IV
Tuanku Intan Zaharah binti Al-Marhum Tengku Seri Setia Raja
D.K., D.M.N., S.S.M.T., S.P.M.T.
TENGKU AMPUAN BESAR TERENGGANU


Seri Paduka Baginda Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja, Raja Permaisuri Agong IV diputerakan pada 13 April 1928 di Singapura. Bonda Baginda ialah YM Raja Zainab binti Raja Alang. Baginda menerima pendidikan di Sekolah Melayu Telok Kurau dan Convent Katong, Singapura.

Baginda berkahwin dengan Seri Paduka Baginda Tuanku Ismail Nasiruddin pada 3 April 1944 di Kuala Terengganu dan dilantik sebagai Tengku Ampuan Besar Terengganu pada 6 Jun 1949.

Seri Paduka Baginda dianugerahkan Grand Order of the Mugunghwa oleh Presiden Republik Korea pada 7 Februari 1966. Baginda juga dianugerahkan Darjah Utama Seri Mahkota Negara pada 6 April 1966.

Seri Paduka Baginda ialah Penaung Pertubuhan Pandu Puteri, Terengganu. Kegemaran Tuanku Intan Zaharah termasuklah bermain badminton dan memancing.






© 2009 SMK Tengku Intan Zaharah™, 23000 Dungun, Terengganu
Tel : 09-8481834    Faks : 09-8458032    Email : smktiz@streamyx.com


Setiap Hari, Satu Ayat.... (Klik dan dengarlah..)


Ayat al Quran pada hari ini ialah dari Surah ke-6.
Ayat 152 . Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik, sehingga ia baligh; dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil. Kami tidak memberatkan seseorang melainkan sekadar kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata maka hendaklah kamu berlaku adil, sekali pun orang itu ada hubungan kerabat; dan janji Allah hendaklah kamu sempurnakan. Yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat.

listen  [Al-An'am:152]

................................................................................
SMK Tengku Intan Zaharah, 23000 Dungun, Terengganu
No. Tel: 09-8481831 / No. Fax: 09-8451345

PENAFIAN: SMKTIZ tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan
atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Website Power by PHPNuke.org. PHPNuke Theme Design By CikguCyber.Net